
Kenali Eiman Travel
Eiman Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan atas impian dan matlamat Pengerusinya merangkap Pengarah Urusan syarikat Dato’ Ustaz Mohd Zawawi bin Yusoh, menyedari bahawa sektor pelancongan khususnya Umrah dan ziarah mendapat permintaan yang menggalakkan. Oleh yang demikian Eiman Travel & Tours telah ditubuhkan secara rasminya pada 18 Julai 2012.
Meskipun begitu sebelum tahun tersebut, Eiman Travel melalui Pengarah Urusannya Dato’ Ustaz Mohd Zawawi bin Yusoh telah banyak menimba ilmu dan pengalaman berkenaan Umrah dan ziarah. Beliau sering menjadi pembimbing jemaah Umrah jemputan dari pelbagai syarikat Umrah dan pernah menjadi pembimbing jemaah Haji bagi staf Malaysia Airlines (MAS) dan pembimbing Umrah bagi staf Media Prima (TV3).
Sejak dari itu pakej-pakej Eiman Travel berterusan mendapat sambutan kerana keunikan program sepanjang Umrah dengan modul-modul yang disediakan sendiri oleh Dato’ Ustaz Mohd Zawawi. Beliau berpengalaman memberikan kursus motivasi untuk pelbagai peringkat lapisan masyarakat termasuk para staf syarikat dari pelbagai industri. Modul-modul yang diketengahkan dalam program Umrah bersama beliau ialah :
- Modul Cinta Allah
- Modul Cinta Rasul
- Modul Cinta Keluarga
Mulai tahun 2017, Eiman Travel mula menawarkan Pakej Kembara Muslim ke beberapa lokasi menarik terkait sejarah Islam di luar negara seperti Turki, Uzbekistan, dan Palestin.
Kini Eiman Travel & Tours sudahpun berkembang dengan pembukaan beberapa cawangan antaranya di Kuala Terengganu dan Muar, Johor selain dari ibu pejabatnya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor dan mempunyai ejen pemasaran lebih dari 100 orang di seluruh tanah air.


Profil Syarikat
Nama Berdaftar
EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
Nombor Pendaftaran
718599-T
Nombor Lesen
KPK/LN: 7571
Alamat Berdaftar
EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
A 309, BLOK A,
GLOMAC BUSINESS CENTRE
SS 6/1, KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh Penubuhan
18 JULAI 2012
No.Telefon Pejabat
03 7805 2707
Perkhidmatan Ditawarkan
01
Pengendalian Pakej Umrah
02
Pengendalian Pakej Haji (Pengendali Jemaah Haji di Bawah Tabung Haji)
03
Perniagaan Agensi Pengembaraan